logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Article available only in Malay.

Tuesday, 26 March 2013 14:49

KUANTAN: Sepasang suami isteri maut selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Km 46 Jalan Bandar Jengka- Jerantut dekat Maran malam semalam.

Pemandu kereta itu Hussain Man@Othman, 62, dan isterinya, Fatimah Taib, 57, dari Felda Jengka 22, Maran mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian 9 malam itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Maran ke Jerantut.

Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki dua orang berusia antara 20 dan 30-an gagal berhenti ketika keluar simpang jalan dan merempuh kereta mangsa, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa dalam kereta Proton Iswara tersepit dan mengalami cedera parah pada kepala dan badan, manakala kereta Perodua Myvi itu pula terbakar.

Bagaimanapun pemandu dan penumpang kenderaan itu berjaya menyelamatkan diri dan mereka hanya mengalami cedera ringan, katanya.

Mohamed Fauzi berkata siasatan awal mendapati wujud unsur kecuaian dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber berita - Bernama

Topik Terhangat