Selamat Datang Ke JKJR   Click to listen highlighted text! Selamat Datang Ke JKJR Powered By GSpeech

Login

Font Size

Profile

Menu Style

Cpanel

Teks Ucapan Dato' KP Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

TEKS UCAPAN MAJLIS MAKAN MALAM

SEMPENA
26TH ANNIVERSARY DINNER TRUCK EXPO

ANJURAN
PAN MALAYSIA LORRY OWNERS ASSOCIATION

TARIKH / MASA
13 JANUARI 2013 / 8.00 MALAM

TEMPAT
RESTAURANT PEKIN SUTERA UTAMA, SKUDAI, JOHOR BAHRU,
JOHOR


Terima kasih saudara/saudari pengacara majlis.

YBhg. Datuk-Datuk/Dato’-Dato’/Datin-Datin

Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa PAN Malaysia Lorry Owners
Association

Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Johor Lorry Operator Association

Pemilik-Pemilik dan Pengusaha-Pengusaha Lori

Tuan-tuan dan Puan-puan, para hadirin hadirat yang saya hormati dan
kasihi sekalian.

Selamat Malam dan Salam Sejahtera

2. Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan salam 1Malaysia daripada Yang Berhormat, Dato’ Seri Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan Malaysia kepada semua hadirin dan beliau memohon maaf kerana tidak dapat hadir pada majlis hari ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

3. Namun saya dimaklumkan bahawa Majlis Makan Malam ini adalah bersempena ‘Malaysia Truck Fair 2013’ yang telah berlangsung pada 12 hingga 13 Januari di Sutera Square, Sutera Mall, Skudai, Johor Baru.

4. Syabas dan tahniah saya ucapan kepada semua pihak yang telah mengambil bahagian dalam pameran ‘Malaysia Truck Fair 2013’ ini dan buat julung kalinya ianya diadakan di Johor Bahru dan ini merupakan satu penghormatan kepada Persatuan Pengusaha Lori Johor atau ‘Johor Lorry Operators Association’ kerana diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah dan penganjuran bersama dengan PAN Malaysia Lorry Owners Association.

Para hadirin dan hadirat yang saya muliakan,

5. Sering kali kita dengar dan lihat kes-kes kemalangan jalan raya yang berlaku dan dipaparkan oleh media massa di akhbar, tv dan radio. Kemalangan-kemalangan ini juga berlaku kepada kenderaan barang-barang yang melibatkan pemandu dan kelindan lori.

6. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, kes-kes kematian jalan raya yang membabitkan pemandu dan kelindan lori di antara bulan Januari hingga November 2012 adalah mencatatkan penurunan yang amat membanggakan iaitu penurunan sebanyak -22% atau 181 kematian berbanding tempoh yang sama pada tahun 2011 yang mencatatkan 233 kematian.

7. Kejayaan ini adalah berkat usaha semua pemilik dan pengusaha lori selaku majikan dengan mengambil berat aspek-aspek keselamatan jalan raya kepada pemandu-pemandu mereka dan tanggungjawab untuk memastikan barang-barang yang diangkut selamat dihantar kepada pelanggan mengikut tempoh masa yang relevan supaya pemandu dapat memandu dengan tenang dan mematuhi peraturan jalan raya.

8. Justeru, satu tepukan gemuruh untuk semua pemilik dan pengusaha lori yang telah membantu kerajaan dalam mengurangkan kes-kes kemalangan dan kematian selaras dengan visi JKJR “1Malaysia Selamat, Tanggung Jawab Kita Bersama”.

Datuk-Datuk, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian.

9. Kementerian Pengangkutan Malaysia amat mengalu-alukan program-program sebegini kerana ianya merupakan platform terbaik bagi persatuan untuk berkumpul dalam satu persekitaran perniagaan yang sihat dan juga expo sebegini dapat memberi informasi yang amat berguna terutamanya kepada pengusaha-pengusaha lori yang baru ingin berjinak-jinak dalam industri pengangkutan ini.

10. Melalui expo sebegini, para industri dapat mempamerkan dan menjual produk-produk baru atau yang terkini dan secara tidak langsung expo yang telah diadakan selama 2 hari ini dapat meningkatkan pembangunan ekonomi domestik di dalam negara.

Para hadirin dan hadirat yang saya hormati,

11. Cabaran utama Persatuan-Persatuan yang ada di Malaysia pada hari ini adalah untuk mengumpulkan semua ahli persatuan untuk mencapai objektif, visi dan misi penubuhan persatuan itu. Melalui expo dan majlis makan malam sebegini secara tidak langsung semua delegasi yang hadir bukan sahaja dapat bertukar-tukar ‘business card’ tetapi juga dapat berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan demi untuk memajukan perniagaan masing-masing.

12. Melalui acara sebegini juga, persatuan dapat membimbing dan menghulurkan bantuan kepada ahli-ahli persatuan yang menghadapi masalah atau kesulitan di dalam industri pengangkutan atau memberi bimbingan dan nasihat kepada ahli-ahli baru.

13. Selain itu, melalui persatuan sebarang masalah atau pertikaian dasar yang melibatkan polisi dan dasar kerajaan atau mana-mana pihak berwajib yang dibangkitkan oleh ahli persatuan dapat dibincangkan dan diteliti oleh semua ahli persatuan sebelum sebarang permasalahan atau isu itu dimajukan kepada kerajaan atau pihak yang berwajib.

14. Cara sebegini adalah satu tindakan atau amalan kerja yang lebih profesional agar persatuan mengutamakan isu-isu sejagat berbanding isu yang diperjuangkan berdasarkan kepentingan individu.

15. Dengan cara ini, secara tidak langsung hubungan baik di antara pihak kerajaan dan persatuan akan terpelihara dengan lebih baik dan harmoni kerana semua masalah dapat dibincangkan secara rundingan dan permuafakatan demi menjaga kepentingan masing-masing.

16. Justeru, saya amat gembira sekali menghadiri Majlis Makan Malam ini dan amat berbangga sekali dengan kehadiran dan sambutan semua ahli di bawah payung PAN Malaysia Lorry Owners Association serta ahli keluarga yang turut hadir pada malam ini.

Hadirin sekalian,

17. Saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada PAN Malaysia Lorry Owners Association dan Johor Lorry Operators Association kerana telah berjaya menganjurkan ‘Malaysia Truck Fair 2013’ serta majlis makan malam pada hari ini.

18. Semoga jalinan kemesraan ini dapat dikembangkan lagi bagi pada masa-masa yang mendatang maka saya akhiri ucapan saya dengan ucapan terima kasih dan selamat malam.

Sekian, terima kasih

(Dato’ Dr Tam Weng Wah)
Ketua Pengarah
Jabatan Keselamatan Jalan Raya
MALAYSIA

Aktiviti Kempen

loader

Hubungi Kami

QRCode

JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA
Galeria PJH, Aras 3, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 WP, PUTRAJAYA
T +60 3 8323 8000
F +60 3 8888 8806
Emel Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. 
Pengumuman Pengumuman
Berita terkini Berita terkini
Teks ucapan Teks ucapan
Kekosongan jawatan Kekosongan jawatan
Tender, sebutharga & eBidding Tender, sebutharga & eBidding
Muat turun Muat turun

Click to listen highlighted text! Powered By GSpeech