logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

JKJR Perlis

PEMANTAUAN PERONDA LALULINTAS SEKOLAH

KUALA PERLIS - 2 Januari 2018 (Selasa), JKJR Negeri Perlis telah menjalankan pemantauan peronda lalulintas sekolah di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis . Tujuan pemantauan ini adalah untuk memastikan petugas peronda lalulintas sokalah menjalankan tugasan dengan betul dan memberikan khidmat nasihat kepada pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan semasa melalui kawasan sekolah.

pls sk kuala perlis

LAWATAN TURUN PADANG TKP JKJR MALAYSIA

27 November 2017, JKJR Negeri Perlis berbesar hati menerima kunjungan hormat YBhg. Datuk Roslan bin Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah JKJR Malaysia
sempena Lawatan Turun Padang TKP JKJR Malaysia Ke JKJR Negeri Perlis pada 27 November 2017(Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat, JKJR Negeri Perlis.
YBhg. Datuk Roslan bin Eusoff memperingatkan JKJR Negeri Perlis supaya jangan penat beradvokasi dan sentiasa bercakap dengan masyarakat tentang keselamatan jalan raya.

ltptkp1ltptkp2

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA PADA 14 NOVEMBER 2017

KANGAR -  14 November 2017 (Selasa), JKJR Negeri Perlis telah menyampaikan ceramah keselamatan jalan raya bertempat di SMK Syeed Hassan, Perlis.
Ceramah telah disampaikan kepada pelajar-pelajar pendidikan khas dan pelajar tingkatan satu dengan anggaran kedatangan pelajar seramai 150 orang .
Diantara pengisian program adalah seperti berikut:-

  • Khidmat Nasihat KJR
  • Ceramah KJR
  • Kuiz Silang Kata KJR
  • Cara Pemakaian Topi keledar yang betul dan di luluskan oleh SIRIM
kuiz smk syed hassantopi smk syeed hassan
ceramah smk syed hassan
Selain itu juga JKJR Negeri Perlis membuat pemantauan tentang Kelab Keselamatan Jalan Raya sekolah. SMK Syed Hassan telah di pilih sebagai pemenang tempat ke tiga dalam pertandingan Kelab KJR Paling Aktif Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perlis Bagi Tahun 2016 dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200.00 beserta dengan Sijil Penghargaan. Dalam waktu yang sama pemantauan PKJR sekolah juga telah dijalankan.

pkjr kkjr syed hassan

PAMERAN KJR PADA 11 NOVEMBER 2017

JKJR Negeri Perlis telah menjayakan pameran keselamatan jalan raya bertempat di SK LKTP Chuping pada 11 November 2017 (Sabtu).

kuiz sk lktp chupingpameran sk lktp chupingtopi sk lktp chuping

Sub-Kategori

Topik Terhangat