logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

JKJR Perlis

KEMPEN “SELAMAT” SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017 PADA 21 JUN 2017

PAUH - 21 Jun 2017 JKJR Negeri Perlis telah menjayakan  Kempen "Selamat" Sempena  Sambutan Hari Raya Adil Fitri 2017 di UniMAP, Pauh Putra.

Diantara pengisian program ialah:-

  • Melekatkan stiker vem /buckle up / fakta pemakaian topi keledar
  • Ceramah KJR dan edaran risalah KJR
2162017a2162017c2162917e

PROGRAM WALKABOUT KJR DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS & PELANCARAN KEMPEN KJR PERINGKAT NEGERI PERLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2017 PADA 20 JUN 2017

ARAU - 20 Jun 2017 (Selasa), JKJR Negeri Perlis telah mengadakan Program "Walkabout" Keselamatan Jalan Raya DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Perlis Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2017. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merupakan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan turut hadir bersama DYTM Tuanku Puan Muda Perlis.

Diantara pengisian program ialah:-

  • Penyerahan Sumbangan MAIPS kepada golongan asnaf & sumabngan 'goodies' beg MKJR/JKJR
  • Sumbangan ICU melalui pembukaan akaun SSPN PTPTN seramai 30 orang pelajar
  • Gimik Pelancaran iaitu DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan isteri menarik tirai yang menutupi pintu gerbang yang mana memaparkan mesej KJR serta paparan mesej KJR di gerai-gerai jualan.
          * Advokasi Keselamatan Jalan Raya
             - Pertukaran & sumbangan topi keledar dewasa
             - Melekat stiker pemantul cahaya (VEM) pada motosikal
             - Melekat stiker fakta kepentingan pemakaian topi keledar pada motosikal
             - Edaran risalah 7 tip keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya

          * "Walkabout" DYTM Tuanku Raja Muda Perlis
             - Pembukaan Stiker Mesej KJR di gerai 
             - 'walkabout' bersama rakyat di bazar serta pengedaran 'goodies' beg JKJR/PTPTN

DYTM

KUNJUNG HORMAT PENGARAH JKJR NEGERI PERLIS KEPADA YB ASMAIZA BINTI AHMAD PADA 2 JUN 2017

2 Jun 2017 (Jumaat) - Pengarah JKJR Negeri Perlis telah mengadakan lawatan  kunjungan hormat kepada YB Asmaiza binti Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis yang juga merupakan Pengerusi MKJR Negeri Perlis yang baru berkuatkuasa mulai 12 Mei 2017 yang lalu. YB Asmaiza binti Ahmad menggantikan tempat YB Dato' Haji Sabry bin Haji Ahmad. Kunjungan ini membincangkan hala tuju MKJR Negeri Perlis dibawah pucuk pimpinan yang baru serta merangka beberapa strategi bagi memperkasakan MKJR Negeri.

KH

PERTUKARAN TOPI KELEDAR DALAM PROGRAM MY BEAUTIFUL MALAYSIA (AADK) DI TAMAN REKREASI SUNGAI BUKIT JERNIH PERLIS PADA 20 MEI 2017

Pertukaran topi keledar dalam Program My Beautiful Malaysia ( AADK ) di Taman Rekreasi Sungai Bukit Jernih, Perlis pada 20 Mei 2017 (Sabtu)
Diantara pengisian program seperti berikut:-
  • Taklimat ringkas KJR
  • Cara -cara pemakiaan topi keledar yang betul dan diluluskan oleh sirim
  • Khidmat nasihat KJR
2052017

Sub-Kategori

Topik Terhangat