logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

JKJR Perlis

TAKLIMAT PENGANJURAN ANUGERAH KKJR PALING AKTIF NEGERI PERLIS TAHUN 2016 PADA 15.11.2016

Taklimat Penganjuran Anugerah KKJR Paling Aktif Sekolak-sekolah Rendah & Menengah Peringkat Negeri Perlis dan Kebangsaan Tahun 2016
merangkumi :-
  • perutusan pengerusi iaitu Pengarah JKJR Perlis
  • kepentingan penubuhan KKJR
  • format laporan
  • aktiviti-aktiviti kelab seperti kuiz, pertandingan mewarna dan sebagainya
  • melukis mural & laluan KJR
  • perkongsian kerjasama pintar koperasi & PIBG 
IMG 7131IMG 7133IMG 7136IMG 7140

PAMERAN KJR SEMPENA KARNIVAL KOKURIKULUM DI SEKOLAH TENGKU BUDRIAH PADA 12.11.2016

Pihak sekolah dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional telah menganjurkan Karnival Kokurikulum di Sekolah Tengku Budriah, Arau, Perlis. Pihak sekolah telah menjemput JKJR Perlis untuk mengadakan Pameran KJR. JKJR Perlis diwakili 2 orang pegawai telah mengadakan pameran KJR pada hari tersebut. Pameran KJR ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pengunjung tentang KJR. Turut dilakukan penerangan tentang topi keledar yang memenuhi piawaian SIRIM agar pengguna motorsikal memilih topi keledar yang berkualiti. Risalah-risalah KJR juga diberikan kepada pengunjung agar dapat dijadikan panduan sebagai pemandu berhemah. Pengunjung program ini dianggarkan seramai 1000 orang. Program ini berakhir pada jam 5 petang.

WhatsApp Image 2016 11 12 at 12.35.32 PMWhatsApp Image 2016 11 12 at 2.27.13 PM 2WhatsApp Image 2016 11 12 at 12.35.31 PM

Baca lagi...

MESYUARAT MKJR NEGERI PERLIS BIL.4/2016 PADA 11.11.2016

Mesyuarat MKJR Negeri Perlis Bil. 4 Tahun 2016 telah berjalan dengan lancar pagi tadi. Mesyuarat ini telah dihadiri pelbagai wakil agensi kerajaan, swasta, dan juga NGO yang merupakan ahli MKJR. Beberapa perkara berkaitan keselamatan jalan raya telah dibincangkan agar jumlah kemalangan jalan raya di negeri Perlis dapat dikurangkan.

IMG 7095IMG 7103IMG 7105

Baca lagi...

CERAMAH KJR DI SMK SYED SAFFI, SIMPANG EMPAT PADA 09.11.2016

Pegawai JKJR Perlis telah memberi ceramah KJR kepada pelajar Tingkatan 2,3 dan 4 SMK Syed Saffi pada pagi ini. Pelajar yang terlibat dianggarkan seramai 200 orang. Turut diadakan demo pemakaian topi keledar dengan cara yang betul dan juga kepentingan pemakaian cerah bagi pengguna motorsikal. Ceramah ini disampaikan bagi meningkatkan kesedaran para pelajar tentang kepentingan KJR.

IMG 7066IMG 7072IMG 7083IMG 7084

Sub-Kategori

Topik Terhangat