Login

Font Size

Profile

Menu Style

Cpanel

Berita dan Peristiwa

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA ALLIANZ4GOOD ALLIANZ MALAYSIA BERHAD DENGAN BANTUAN AGENSI PENGUATKUASA

Baru! / New!
23 Mac 2017 (Khamis), Klang - Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama.  Pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam menjalankan kempen keselamatan jalan raya bagi meningkatkan kesedaran dikalangan pengguna jalan raya.  Justeru itu, pihak Allianz4Good Allianz Malaysia Berhad telah mengambil inisiatif mengadakan kempen keselamatan jalan raya sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor dengan bantuan anggota Trafik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

Kempen telah diadakan pada 23 Mac 2017 (Khamis) bertempat di Jalan Langat (arah Klang) berhadapan AEON Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang.  Dengan kekuatan sumber manusia seramai 10 anggota Trafik, 4 petugas Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor serta 10 sukarelawan Allianz4Good, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah:

(1)  Advokasi keselamatan jalan raya kepada penunggang dan pembonceng motosikal dengan menampalkan pelekat Visibility Enhanchement Material (VEM) sebanyak 300 unit di belakang motosikal serta pertukaran topi keledar sebanyak 18 unit yang tidak memenuhi piawaian SIRIM;
(2)  Pemberian wind breaker sebanyak 30 unit oleh Allianz Malaysia Berhad kepada penunggang dan pembonceng motosikal; dan
(3)  Pemberian child booster car seat sebanyak 24 unit, safety hammer sebanyak 30 unit dan shoulder pad sebanyak 30 unit oleh Allianz Malaysia Berhad.

Pada kempen tersebut, Trafik juga ada mengeluarkan saman sebanyak 35 bagi pelbagai kesalahan.

AJ 1AJ 2AJ 3AJ 4AJ 5AJ 6AJ 6AJ 7AJ 8AJ 9AJ 10AJ 11

PEMANTAUAN PERONDA LINTASAN SEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG

16 Mac 2017 (Khamis), Ampang - Pemantauan Peronda Lintasan Sekolah telah dijalankan bertempat di Sekolah Kebangsaan Ampang sekitar jam 12:30 petang hingga 1:15 petang.

1dc63f88 a8a1 499e 81b0 98ae9571169a4e6e6a87 008e 448e 8e31 2aa3eac0639f847cbf10 f0b2 4aca be27 5bcf660cc561910ab440 2e4a 4bdf 8f68 32aed856a565

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA #PROLINTAS BERSAMA MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG

16 Mac 2017 (Khamis), Ampang - Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor menjalin kerjasama dengan Projek Lintasan Kota Sdn. Bhd. (PROLINTAS) akan menganjurkan program keselamatan jalan raya kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Ampang pada 4 Mei 2017 (Khamis) bertempat di sekolah tersebut.  Justeru itu, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada jam 10:00 pagi tadi bertempat di Perpustakaan, Sekolah Kebangsaan Ampang yang dipengerusikan oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor merangkap Setiausaha, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.  Turut hadir ialah wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, YDP PIBG SK Ampang dan juga IPD Ampang.

2017 03 16 10.52.29

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG MOTOSIKAL DAN ENJIN NASIONAL (MODENAS) DI KAWASAN PERINDUSTRIAN GURUN, KEDAH

14 Mac 2017 (Selasa), Gurun - Pepatah Melayu menyatakan "Jauh Berjalan, Luas Pemandangan".  Peluang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia Kali Ke-58 pada 11 hingga 13 Mac 2017 tidak disia-siakan oleh Urus Setia.  Usai mesyuarat, satu lawatan sambil belajar ke kilang Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) telah diatur oleh Tuan Rumah bertempat di Kawasan Perindustrian Gurun, Kedah pada 14 Mac 2017 (Selasa).  Turut serta ialah Urus Setia Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor yang juga Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.  Tujuan lawatan ini adalah berkongsi idea dan juga pendapat serta bertukar pandangan dan juga buah fikiran tentang keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal di Malaysia.  Selain itu juga, perwakilan dapat juga melihat proses pembuatan dan pemasangan motosikal keluaran MODENAS dan juga demonstrasi penunggang selamat daripada pihak MODENAS.

Baca lagi...