logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Berita dan Peristiwa

PAMERAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA PROGRAM SAMBUTAN HARI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SEDUNIA 2017

11 Mei 2017 (Khamis)/ 14 Sya'aban 1438, Bandar Baru Bangi - Pameran #keselamatanjalanraya sempena sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017 anjuran Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bertempat di Aras 2, Menara NIOSH.  Selain Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor, terdapat juga pameran daripada pelbagai agensi seperti Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta jualan keselamatan dan kesihatan daripada pelbagai syarikat.  Seramai tiga (3) petugas daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor di pameran tersebut yang bermula jam 8:30 pagi dan berakhir jam 4:00 petang tadi.

NIOSH 1NIOSH 2NIOSH 3NIOSH 4

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA ANJURAN AXIS TECHNOLOGY RESOURCES (M) SDN. BHD.

WhatsApp Image 2017 05 09 at 12.11.24 PM
09 Mei 2017 (Selasa), Bandar Baru Bangi - Hari ke-2 sambutan Minggu Keselamatan Jalan Raya Global Ke-4 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (4th United Nation Global Road Safety Week) bertemakan #SlowDown, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah memenuhi undangan syarikat Axis Technology Resources (M) Sdn. Bhd. untuk slot ceramah #keselamatanjalanraya kepada pekerjanya pada jam 10:00 pagi tadi.  Seramai 30 pekerja syarikat tersebut telah menyertai slot ceramah yang disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli.

WhatsApp Image 2017 05 09 at 12.11.33 PMWhatsApp Image 2017 05 09 at 12.11.35 PMWhatsApp Image 2017 05 09 at 12.11.36 PMWhatsApp Image 2017 05 09 at 12.11.27 PM

CERAMAH DAN PAMERAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA (OSH) 2017

19 April 2017 (Rabu), Petaling Jaya - Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang untuk memberi ceramah dan mengadakan pameran mengenai #keselamatanjalanraya sempena Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSH) syarikat Noble Star Services Sdn. Bhd.  Program telah bermula jam 10:00 pagi dan berakhir jam 1:00 petang.  Ceramah telah disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli kepada lebih kurang 50 pekerja syarikat tersebut.  Turut dilakukan ialah aktiviti menampal pelekat pemantul cahaya pada belakang motosikal selepas ceramah.

Baca lagi...

CERAMAH DAN PAMERAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA KEMPEN MINGGU KESELAMATAN JALAN RAYA TIME dotCom BERHAD

0c4ede0d dd69 4626 b249 fef1e34794ac
05 April 2017 (Rabu), Shah Alam - Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang oleh syarikat TIME dotCom Berhad untuk menyampaikan ceramah serta mengadakan pameran keselamatan jalan raya sempena Kempen Minggu Keselamatan Jalan Raya syarikat tersebut.  Program bermula jam 9:00 pagi dan berakhir jam 2:00 petang.  Ceramah telah disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli pada jam 12:00 tengah hari hingga 2:30 petang.

Baca lagi...

Topik Terhangat