logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Berita dan Peristiwa

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA #PROLINTAS BERSAMA MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG

16 Mac 2017 (Khamis), Ampang - Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor menjalin kerjasama dengan Projek Lintasan Kota Sdn. Bhd. (PROLINTAS) akan menganjurkan program keselamatan jalan raya kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Ampang pada 4 Mei 2017 (Khamis) bertempat di sekolah tersebut.  Justeru itu, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan pada jam 10:00 pagi tadi bertempat di Perpustakaan, Sekolah Kebangsaan Ampang yang dipengerusikan oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor merangkap Setiausaha, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.  Turut hadir ialah wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, YDP PIBG SK Ampang dan juga IPD Ampang.

2017 03 16 10.52.29

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG MOTOSIKAL DAN ENJIN NASIONAL (MODENAS) DI KAWASAN PERINDUSTRIAN GURUN, KEDAH

14 Mac 2017 (Selasa), Gurun - Pepatah Melayu menyatakan "Jauh Berjalan, Luas Pemandangan".  Peluang menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia Kali Ke-58 pada 11 hingga 13 Mac 2017 tidak disia-siakan oleh Urus Setia.  Usai mesyuarat, satu lawatan sambil belajar ke kilang Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) telah diatur oleh Tuan Rumah bertempat di Kawasan Perindustrian Gurun, Kedah pada 14 Mac 2017 (Selasa).  Turut serta ialah Urus Setia Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor yang juga Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.  Tujuan lawatan ini adalah berkongsi idea dan juga pendapat serta bertukar pandangan dan juga buah fikiran tentang keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal di Malaysia.  Selain itu juga, perwakilan dapat juga melihat proses pembuatan dan pemasangan motosikal keluaran MODENAS dan juga demonstrasi penunggang selamat daripada pihak MODENAS.

Baca lagi...

SESI BERCERITA (CERAMAH) TENTANG KESELAMATAN JALAN RAYA KEPADA MURID TAHUN TIGA (3) SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) SUNGAI BULOH

14 Mac 2017 (Selasa), Sungai Buloh - Sempena "Hari Merentas Desa" Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sungai Buloh, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang untuk memberikan ceramah tentang keselamatan jalan raya kepada murid tahun tiga (3) sekolah tersebut.  Seramai 100 murid telah terlibat mendengar "Sesi Bercerita" tentang keselamatan jalan raya tersebut yang disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli.

0a89b5e5 ba00 4598 91e3 c42de8253b4d41e123af 8b96 4c98 a66a 5eb5c5b071f9d8313d29 1806 4a51 9fd7 69cc695e8e975f8b12c0 3595 4578 ade8 fe8a8633142b748a6340 0426 4785 8da0 640875d7eb06

PERBINCANGAN KALI KE-2 PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA KEPADA PELAJAR SEKOLAH DI JAJARAN LEBUHRAYA BERTINGKAT AMPANG-KUALA LUMPUR (AKLEH)

01 Mac 2017 (Rabu), Shah Alam:  Perbincangan kali-2 program keselamatan jalan raya kepada pelajar sekolah di jajaran Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) antara Jabatatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor dengan Projek Lintasan Kota Sdn. Bhd. (PROLINTAS) pada 10:00 pagi tadi di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.

2017 03 01 10.13.152017 03 01 10.13.50

Topik Terhangat