logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Berita dan Peristiwa

ADVOKASI KHAS MOTOSIKAL SEMPENA PERAYAAN THAIPUSAM 2017

08 Februari 2017 (Rabu), Shah Alam:  Advokasi khas motosikal sempena perayaan Thaipusam pagi tadi bertempat di Plaza Masalam dan Plaza Shah Alam.

APM 1
Tampal pelekat pemantul cahaya (VEM) pada belakang motosikal

APM 2APM 3APM 5
Pertukaran topi keledar kepada pengunjung Plaza Masalam dan Plaza Shah Alam yang memakai topi keledar tidak memenuhi piawaian SIRIM.

APM 4
Khidmat nasihat dan edaran risalah.

PEMANTAUAN PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA SERTA PERONDA LINTASAN SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KERAMAT

07 Februari 2017 (Selasa), Ampang:  Pemantauan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) serta Peronda Lintasan Sekolah telah diadakan petang tadi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat.  Hasil perbualan bersama guru terlibat, PKJR telah diajarkan kepada pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu.  Namun begitu, sekolah memerlukan pendedahan serta panduan menyeluruh mengenai PKJR di sekolah.

SMKSK 7SMKSK 8SMKSK 9

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA KEPADA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KERAMAT

07 Februari 2017 (Selasa), Ampang:  Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat untuk menyampaikan ceramah keselamatan jalan raya kepada pelajarnya.  Ceramah telah disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli kepada seramai 200 pelajar termasuk guru sesi petang sekolah tersebut.

SMKSK 1SMKSK 2SMKSK 3SMKSK 4SMKSK 5SMKSK 6

KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2017 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

26 Januari 2017 (Khamis), Cheras:  Bertemakan "Pandu Cermat, Selamat Sampai",  Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 Peringkat Negeri Selangor baru sahaja dilancarkan oleh YBhg. Dato' Mazalan bin Md Noor, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) merangkap Timbalan Pengerusi, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor pada jam 10:45 pagi bertempat di Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras-Kajang (arah Kuala Lumpur).  

Baca lagi...

Topik Terhangat