logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Berita dan Peristiwa

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA KEMPEN OSH POS MALAYSIA

11 Januari 2017 (Rabu), Shah Alam - Sempena Kempen OSH Pos Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang memberikan ceramah keselamatan jalan raya yang disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli kepada lebih kurang 100 pekerja Pusat Mel Nasional, Pos Malaysia, Seksyen 21, Shah Alam.

PMN 1PMN 2PMN 3PMN 4PMN 5

CERAMAH DAN PAMERAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA MINGGU KUALITI, KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PERSEKITARAN 2017 SCOMI RAIL BERHAD

10 Januari 2017 (Selasa), Rawang - Sempena Minggu Kualiti, Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (QSHE) 2017 syarikat Scomi Rail Berhad, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang untuk menyampaikan ceramah serta mengadakan pameran keselamatan jalan raya.  Ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor merangkap Setiausaha, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor kepada lebih kurang 100 pekerja syarikat tersebut.

1.  Ceramah keselamatan jalan raya
S 1S 2S 3S 4

2.  Pameran keselamatan jalan raya.  Pameran turut disertai oleh Continental Tyre dan sekolah memandu P.S.Samy Sdn Bhd
S 5S 6

3.  Advokasi motosikal
S 7S 8

PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA ADUN DENGKIL (N55) SEMPENA PERAYAAN HARI NATAL 2016

25 Disember 2016 (Ahad), Dengkil - YB Shahrum bin Mohd Sharif yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil (N55) telah mengundang Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor untuk turut serta dalam program Keselamatan Jalan Raya bersama penduduk Taman Putra Perdana bertempat di hadapan pejabat Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) KPKT Taman Putra Perdana.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah penukaran minyak hitam secara percuma, penampalan VEM pada belakang motosikal, pertukaran topi keledar kepada yang layak serta taklimat keselamatan jalan raya yang disampaikan oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor merangkap Setiausaha, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor kepada sekitar 100 penduduk bermula jam 10:00 pagi.

Baca lagi...

ADVOKASI KHAS KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA SAMBUTAN HARI NATAL DAN CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2016

23 Disember 2016 (Jumaat), Shah Alam - Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Ibu Pejabat) bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah melaksanakan Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Natal dan Cuti Persekolahan 2016 pada 23 Disember 2016 (Jumaat) bertempat di Plaza Tol Batu 3, Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur).  Turut terlibat dalam advokasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor, PLUS Malaysia Berhad, Ahli MKJR Negeri Selangor, Linde Malaysia Sdn Bhd serta sukarelawan.  Selain itu, pihak media juga turut hadir memberikan liputan sekitar advokasi berlangsung.

Baca lagi...

Topik Terhangat