06/14 2016

Latar Belakang MKJR

Pertubuhan ini dikenali dengan nama “Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Malaysia” yang versi Bahasa Inggeris ialah “Road Safety Council Malaysia ”, selepas ini disebut “Majlis” dan “Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri/ Wilayah Persekutuan”, selepas ini disebut “MKJR Negeri”.

Pejabat Majlis hendaklah ditempatkan di Kementerian yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan jalan atau di mana-mana tempat lain sebagaimana diputuskan oleh Menteri dari semasa ke semasa dan alamat surat menyurat ialah :

Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
Aras 3, Galeria PjH, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Persint 4, 62100 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

FaLang translation system by Faboba