06/14 2016
Matlamat MKJR ialah :-(a) Mengurangkan kadar kemalangan jalan raya;
(b) Merangsang dan menggalakkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pengguna jalan raya di seluruh Malaysia.
Fungsi MKJR ialah :-
a) Mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan kecederaan, kematian, kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh kemalangan itu kepada pengguna jalan raya, kenderaan dan harta;
b) Untuk merangsang berkenaan dengan:
i) Pendidikan kedua-kedua penduduk dewasa dan kanak-kanak mengenai hal keselamatan jalan raya;
ii) Maklumat dan publisiti mengenai langkah-langkah keselamatan jalan raya;
iii) Pematuhan undang-undang lalu lintas dan Kod Lebuh Raya oleh semua pengguna jalan raya; dan
iv) Kejuruteraan lebuh raya setakat yang ia menyentuh keselamatan dalam penggunaan kenderaan dan jalan raya;
c) Menasihati Kementerian Pengangkutan tentang apa-apa perkara yang menyentuh keselamatan jalan raya di seluruh Malaysia termasuk pengadaan dan perbelanjaan dana bagi maksud itu;
d) Memungut dan menerima pemberian, derma dan legasi daripada individu, organisasi atau daripada apa-apa sumber lain yang dibenarkan bagi memajukan matlamat Majlis;
e) Membuat suatu peruntukan bagi penubuhan suatu yayasan untuk melaksanakan matlamat Majlis;
f) Menubuhkan Majlis Keselamatan Jalan Raya di semua Negeri dan menyelaraskan aktiviti dengan mereka;
g) Mengekalkan perhubungan dengan mana-mana organisasi seumpamanya yang lain sebagaimana yang diputuskan oleh Majlis dari semasa ke semasa; dan
h) Memperoleh harta alih/ tak alih.