. .
. .
.
Peranan dan Fungsi Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)
.  
 

JKJR Ibupejabat

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) berfungsi sebagai "One Stop Agency" yang menjalankan perancangan, penyelidikan, pembangunan, pelaksanaan dan penyelarasan semua aktiviti keselamatan jalan raya merangkumi aspek pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan dan persekitaran dengan tanggungjawab seperti berikut:

  1. Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) berfungsi sebagai "One Stop Agency" dengan tanggungjawab yang merangkumi perancangan, penyelidikan, pembangunan, pelaksanaan dan penyelarasan semua aktiviti keselamatan jalan raya meliputi aspek-aspek pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan dan persekitaran.

  2. Untuk mengurangkan kadar kemalangan, kecederaan dan kematian ke tahap minima setanding dengan negara-negara maju melalui penyelarasan dan pengurusan program-program keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaaan dan negeri.

  3. Bagi meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman pengguna-pengguna jalan raya dengan cara mendidik dan meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman pengguna jalan raya melalui pelaksanaan:

    • Kempen media – melalui rangkaian televisyen, radio, paparan iklan di akhbar dan majalah tempatan serta lain-lain media cetak atau elektronik;
    • Kempen sasaran (contoh; musim perayaan);
    • Program pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah-sekolah;
    • Community Based Programmes di kawasan luar bandar (topi keledar) dan di sekolah-sekolah (keredaan trafik);
    • Program pendidikan bersama majikan; dan
    • Peningkatan profesionalisma pemandu vokasional.

  4. Menjuarai (championing) isu-isu pelaksanaan bagi program membaiki infrastruktur jalan:

    • Rawatan kawasan kerap berlaku kemalangan;
    • Pembinaan laluan motosikal;
    • Pembinaan laluan pejalan kaki; dan
    • Keredaan trafik (traffic calming) di kawasan sekolah dan kawasan perumahan.

  5. Menjuarai (championing) program penguatkuasaan secara elektronik bagi meningkatkan keberkesanan program dengan sasaran meningkatkan kebarangkalian pesalah trafik disaman dari 25% ke 95% (MIROS).

    • Pernyataan matlamat
      (Needs statement
      );

    • Mengenalpasti kawasan kerap berlaku kemalangan
      (Identification of accident black spots
      );

    • Menkaji semula had laju
      (Review of speed limits
      );

    • Pemindaan undang-undang
      (Amendment of laws
      ); dan

    • Mengkaji semula prosedur tertentu
      (Review of procedures
      )

  6. Bagi memperolehi, mendokumenkan dan menganalisa data kemalangan jalan raya sebagai input kepada dasar-dasar dan program-program mengenai keselamatan jalan raya secara berkala

    • Harian;
    • Bulanan; dan
    • Suku Tahun/Tahunan.

  7. Menyelaraskan tindakan untuk meningkatkan kegunaan peralatan keselamatan jalan raya seperti kegunaan tali pinggang belakang, beg udara, topi keledar kanak-kanak dan topi keledar penunggang motosikal dan basikal dan pakaian berwarna cerah.

  8. Penggubalan dan pelaksanaan Akta Keselamatan Jalan Raya dan kaedah-kaedah di bawahnya.

  9. Mewujudkan kerjasama rapat dengan sektor swasta/korporat untuk menggalakkan penyertaan mereka dalam program-program keselamatan jalan raya melalui Community Based Programmes (CBP) seperti Rural Helmet Initiative (RHI) dan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) atau Road Safety Education (RSE).

  10. Bagi menyelaraskan dan melaksanakan kempen-kempen kebangsaan untuk mendidik pengguna-pengguna jalan raya seperti Kempen Musim Perayaan, Minggu Keselamatan Jalan Raya (Road Safety Week) dan Kempen Media.

  11. Bagi menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan agensi swasta untuk meningkatkan kemudahan yang diberikan kepada mangsa kemalangan supaya mereka memperolehi kemudahan segera bermula di tempat kejadian dan juga peningkatan kemudahan ‘trauma management’ di hospital-hospital bertujuan meningkatkan kualiti rawatan kepada mangsa-mangsa kemalangan.

  12. Bagi menubuhkan dan menyelaraskan sebuah Tabung Amanah Keselamatan Jalan Raya bagi menggalakkan penyertaan sektor swasta untuk membiayai program keselamatan jalan raya.

JKJR Negeri

JKJR Negeri berfungsi sepenuhnya sebagai badan pelaksana semua program merangkumi program pendidikan, penguatkuasaan, kejuruteraan dan persekitaran seperti yang telah dirancang oleh JKJR Ibu Pejabat dan juga memberi tumpuan khusus kepada:

  • Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010
  • Rancangan Keselamatan Jalan Raya Tahunan JKJR

Kedua-duanya iaitu pelan dan rancangan tahunan yang telah dirancang untuk dilaksanakan merangkumi semua agenda keselamatan jalan raya seperti kempen, pendidikan, penyelidikan, penyiasatan kemalangan, pembaikan jalan-jalan yang dikenalpasti sering berlaku kemalangan, pengumpulan data dan pemprosesan data kemalangan, penyelarasan program penguatkuasaan, penyelarasan program rawatan mangsa-mangsa kemalangan dan peningkatan kesedaran terhadap faedah-faedah peralatan keselamatan meliputi fungsi-fungsi utama seperti berikut:-

  1. Pengurusan sumber manusia, pentadbiran dan kewangan di peringkat negeri dan sebagai prime coordinator dan champion bagi program-program keselamatan jalan raya antara agensi-agensi kerajaan di peringkat negeri dan kerajaan tempatan serta sektor swasta dan NGO.

  2. Membantu MIROS dan JKJR Ibu Pejabat dalam kerja-kerja penyiasatan kes-kes kemalangan maut sebagai:

    • ‘first respondent’ ;
    • memberi sokongan logistik kepada pasukan penyiasatan MIROS menjalankan siasatannya dengan sempurna; dan
    • untuk memperolehi laporan Puspakom, PDRM dan Kementerian Kesihatan.

  3. Melaksanakan pelbagai program keselamatan jalan raya di peringkat negeri secara usahasama antara Ibu Pejabat dan JKJR serta MKJR Negeri.

  4. Pelaksanaan ‘Community Based Programmes’  bagi menyokong program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya di sekolah-sekolah termasuk:

    • Warden Trafik di sekolah
    • Keredaan Trafik di sekitar sekolah
    • Mengikut laluan yang lebih selamat ke sekolah - Laluan Basikal/Motosikal
    • Kelab Keselamatan Jalan Raya melalui laman web, poster, pertandingan lalulintas dan kuiz.

  5. Pelaksanaan ‘Community Based Programmes’ bagi menyokong program Penggalakkan Penggunaan Topi Keledar di Kawasan Luar Bandar.

  6. Penyelaras untuk program rawatan/pemulihan kawasan kerap berlaku kemalangan.

  7. Membantu MIROS dengan memberikan sokongan logistik bagi menjalankan kajian isu-isu kepentingan awam dalam bidang keselamatan jalan raya seperti kajian semula had laju, tanda-tanda keselamatan jalan raya (Road Traffic Signs Review), pelaksanaan program pengurusan trauma, penggunaan tali pinggang keselamatan dan sebagainya.

  8. Pelaksanaan kempen-kempen musim perayaan dan lain-lain kempen kebangsaan seperti Minggu Keselamatan Jalan Raya Sedunia (Global Road Safety Week), Pengedaran Pelekat Bersinar Motosikal, Pelekat Kereta, Pengedaran Risalah Keselamatan Jalan Raya dan sebagainya.

  9. Pelaksanaan program-program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) kepada masyarakat umum termasuk pelajar, ibubapa, guru, penduduk kampung, estet, kawasan pedalaman, FELDA dan sebagainya.

  10. Penyediaan laporan mingguan (melalui e-mel), bulanan dan tahunan kemalangan jalan raya di peringkat Negeri secara bertulis.

 

 

Hakcipta Terpelihara © 2007 Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
Dasar Privasi  |   Dasar Keselamatan  |   Penafian