Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan berusaha untuk mengurangkan kadar kematian, cedera parah dan cedera ringan akibat kemalangan jalan raya di Malaysia melalui:
- Perancangan dan pelaksanaan dasar Malaysia Zero Fatality Vision;
- Memberikan khidmat nasihat, perundingan dan menjalankan program-program advokasi kemasyarakatan mengenai faktor keselamatan jalan raya dengan fokus utama kepada 3 golongan pengguna jalan raya yang paling terdedah kepada risiko kemalangan iaitu:
- penunggang/pembonceng motosikal;
- pemandu kereta; dan
- pejalan kaki.
- Menjawab aduan yang diterima dalam tempoh 2 minggu;
- Melaksana dan memantau program di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006 – 2010 dengan matlamat mengurangkan kadar kematian kepada:
- 10 kematian setiap 100,000 penduduk;
- 2 kematian setiap 10,000 kenderaan berdaftar; dan
- 10 kematian setiap satu billion kilometer jarak perjalanan kenderaan.
- Menangani isu–isu semasa mengenai keselamatan jalan raya berdasarkan Key Performance Index (KPI) Jabatan sebagai alat pengukur prestasi;
- Sebagai agensi utama bagi mendidik pengguna – pengguna jalan raya dan menyemai budaya bersopan di kalangan pengguna – pengguna bagi mencapai perubahan sikap dan amalan;
- Mempromosikan kegunaan sistem pengangkutan awam;
- Mendorong penyertaan sektor swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam agenda keselamatan jalan raya melalui penyertaan mereka dalam aktiviti Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan Malaysia Global Road Safety Partnership (MGRSP); dan
- Memberikan perkhidmatan dengan jujur, amanah dan efisen kepada pengguna – pengguna jalan raya
|