. .
. .
.
Sasaran & Strategi Keselamatan Jalan Raya
.  
 

Sasaran Keselamatan Jalan Raya

Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 telah menggariskan sembilan strategi dan 52 program di dalamnya bagi mencapai sasaran-sasaran menjelang tahun 2010 iaitu:

  1. 2 kematian setiap 10,000 kenderaan berdaftar;
  2. 10 kematian setiap 100,000 penduduk; dan
  3. 10 kematian setiap 1 bilion kilometer perjalanan kenderaan.

Strategi Keselamatan Jalan Raya

Sembilan strategi telah dirancang dan akan dilaksanakan bagi mencapai maksud yang disebutkan. Strategi yang digariskan ialah:-

  1. Penambahan dan pengekalan pendidikan serta langkah-langkah psikologi dalam menangani isu keselamatan jalan raya;

  2. Mengurangkan kecuaian manusia dengan menggabungkan dan menggunapakai kepakaran teknologi;

  3. Mempertingkatkan dan meneruskan pendekatan kejuruteraan;

  4. Meningkatkan penyertaan masyarakat yang melibatkan majikan, pemimpin masyarakat, ahli politik, pemimpin agama, pakar pendidikan, badan profesional, organisasi sukarela dan kumpulan pemuda untuk mencapai pelaksanaan program dan inisiatif keselamatan jalan raya yang lebih komprehensif dan berkesan;

  5. Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam bagi mengurangkan pendedahan terutamanya bagi golongan berisiko tinggi seperti penunggang motosikal;

  6. Fokus kepada perbezaan jurang keselamatan jalan raya dengan matlamat untuk mencapai faedah kos yang optima dalam pengagihan sumber;

  7. Tumpuan kepada pengguna jalan raya yang berisiko tinggi kepada kemalangan iaitu penumpang dan pembonceng motosikal, pemandu dan penumpang kereta, dan pejalan kaki;

  8. Mengkaji semula dan mempertingkatkan peraturan-peraturan keselamatan jalan raya; dan

  9. Mempromosikan perkongsian dana di antara orang awam dan pihak swasta bagi menjalankan program keselamatan jalan raya.



Hakcipta Terpelihara © 2007 Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
Dasar Privasi  |   Dasar Keselamatan  |   Penafian